IQNA

Simbolik atau ikonik Arbaeen Huseini di India; Tempat berkabung dan Jamuan makanan + foto

7:24 - September 25, 2021
Berita ID: 3100183
TEHRAN (IQNA) - "Husein Takri" adalah nama kumpulan simbolik Arbaeen yang berada di pinggir kota Jura di daerah Ratlam di wilayah Madhya Pradesh, India, di mana orang-orang Syiah India dan banyak orang Iran Muslim yang tinggal di negara ini, mengadakan perjalanan menuju wilayah kota ini untuk perayaan peringatan Hari Arbaeen Syedu syuhada dan para syuhada sahabat setia Beliau (as).

"Husein Takri" adalah nama kumpulan simbolik Arbaeen yang berada di pinggir kota Jura di daerah Ratlam di wilayah Madhya Pradesh, India, di mana orang-orang Syiah India dan banyak orang Iran Muslim yang tinggal di negara ini, mengadakan perjalanan menuju wilayah kota ini untuk perayaan peringatan Hari Arbaeen Syedu syuhada dan para syuhada sahabat setia Beliau (as).

Menurut IQNA ; Beberapa orang Syiah India membincangkan perjalanan Arbaeen mereka ke wilayah Jura dan makam - makam ikonik Husein Takri, yang mempunyai kisah yang dapat didengar, bahkan banyak orang Iran yang beragama Islam yang tinggal di India melakukan perjalanan ke wilayah ini untuk mengingat hari ke empat puluhan kesyahidan al-Husein (as), cucunda Baginda Rasulillah Muhammad saw, juga yang diperkenalkan bersama Abang Beliau al-Hasan (as) sebagai dua Pemimpin Pemuda syurga.

Para jemaah pengujukrasa Arbaeen Huseini menghabiskan beberapa hari untuk berkabung, makan dan bernazar di sana.

Simbolik atau ikonik Arbaeen Huseini di India; Tempat berkabung dan Jamuan makanan + foto

Husein Takri tempat kumpulan koleksi makam ikonik yang terletak di pinggir Jura di daerah Ratlam di Madhya Pradesh, India. Dalam koleksi ini, seseorang dapat melihat simbolik makam-makam yang mulia dari enam keperibadian besar Ahlul Bayt Nabi (saw) iaitu: makam ikonik Hazrat Ali Ibn Abi Talib (as), Hazrat Imam Husein (as), Hazrat Abbas (as), Hazrat Fatimah Zahra (sa), Hazrat Zainab (sa) dan Hazrat Sakinah Khatoon (sa).

Sejarah kumpulan Husein Takri

Berdasarkan bukti sejarah dan mengutip perbicaraan orang dan keperibadian terkenal, dinyatakan bahawa pada tahun 1886, dua peristiwa bersejarah, salah satunya "Dehsara" adalah milik orang-orang Hindu dan yang lain adalah Ashura Imam Husein (as), bertemu dan bertepatan di masa yang sama. Kedua-dua kumpulan bergerak secara berkumpulan di kawasan tersebut untuk melakukan ritual mereka.

Tetapi pada satu kali di tahun perayaan, timbul ketegangan antara Hindu dan Muslim. Berita ketegangan ini sampai pada Sultan pada waktu itu, bernama "Ihtesyam Ismail Khan Bahadur", dan dia pergi ke wilayah itu untuk mencegah kekacauan, dan setelah penyelidikan, Sultan menyimpulkan bahawa sebaik dibuat perayaan pisah waktu; dimana orang-orang Hindu mula-mula mengadakan acara ritual mereka lalu pergi meninggalkan tempat itu, dan kemudian umat Islam Syiah pula mengadakab peringatan berkabung mereka secara damai, demikian sejarah kumpulan Arbaeen Huseini di wilayah Madhya Pradesh, India.

3999188

captcha