IQNA

Surah-surah Al-Quran (3)

Pertahanan para nabi terhadap musuh dalam Surah A-li Imran

14:55 - May 21, 2022
Berita ID: 3101094
TEHRAN (IQNA) - Surah A-li Imran adalah salah satu surah panjang Al-Quran yang membincangkan pelbagai topik, termasuk kelahiran dan kehidupan para nabi seperti nabi Yahya (as) dan nabi Isa (as), apabila menangani penentangan terhadap konspirasi dan permusuhan, sebagai model untuk semua generasi.

Laporan IQNA; Surah ketiga Al-Quran dipanggil "A-li Imran"-«آل عمران». Surah ini mempunyai 200 ayat dan termasuk dalam juzuk ketiga dan keempat Al-Quran.

Penamaan surah ini sebagai "A-li Imran" adalah kerana wujudnya perkataan "Imran" dalam dua ayat di surah ini; disebutkan dalam ayat 33; keluarga Imran dan dalam ayat 35; Imran, bapa Hazrat Maryam (as).

Nama lain surah ini ialah "Tayyiba"- «طیبه», yang bermaksud bersih dan suci daripada kekotoran dan tuduhan, yang merujuk kepada kesucian Hazrat Maryam daripada dosa dan fitnah.

Surah ini, dari segi urutan penurunannya kepada Baginda Nabi (SAW) sebagai surah ke-89 mengikut susunan wahyu, menerangkan tentang kelahiran tiga tokoh terkemuka, iaitu Hazrat Yahya (as), Hazrat Maryam (as) dan Hazrat Isa (as).

Ayat-ayat Surah A-li Imran adalah Madaniyah dan menurut beberapa ahli tafsir, Surah ini diturunkan antara dua perang Badar dan perang Uhud dan menunjukkan sebahagian daripada tempoh paling kritikal dalam kehidupan umat Islam pada permulaan Islam.

Menurut Tafsir Al-Mizan, tujuan utama Surah A-li Imran adalah untuk mengajak orang-orang beriman kepada kesatuan, kesabaran dan ketabahan menghadapi musuh-musuh Islam.

Topik yang paling penting dalam surah ini ialah:
- Monoteisme - توحید dan Kebangkitan - معاد
- Jihad
- Memberi perhatian kepada syariat Islam

Dalam sebahagian daripada surah ini juga memperhatikan:
- Siri peraturan atau Ahkam Islam tentang keharusan menyatukan saf kaum Muslimin (kepentingan dan keperluan perpaduan umat Islam)
- Mengenai Baitullah dan kewajipan Ibadah Haji
- Menyuruh kepada yang ma'ruf - kebaikan dan melarang daripada yang mungkar-keburukan
- Mencintai-Tawalla- تولی Berwilayah kepada Pemimpin suci Ahlulbait Nabi Muhammad (SAW) dan Tabaro' - تبری Membenci musuh-musuh mereka kerana Allah (SWT)
- Masalah amanah
- Bersedekah di jalan Allah
- Meninggalkan kedustaan
- Kesabaran dalam menghadapi Pelbagai masalah dan ujian
- Ketuhanan serta zikir kepada Allah disebut dalam apa jua keadaan.
- Dan Rujukan kepada sejarah para nabi (as).

Berita Berkaitan
captcha