IQNA

Pembukaan dua karya Al-Quran pada akhir bahagian antarabangsa pameran Al-Quran Tehran

18:33 - March 29, 2024
Berita ID: 3104173
IQNA - Pada majlis penutup bahagian antarabangsa Pameran Al-Quran Suci Antarabangsa ke-31 Republik Islam Iran, dua karya Al-Quran telah didedahkan dengan kehadiran Menteri Kebudayaan dan Bimbingan Islam.

Laporan IQNA; Bahagian antarabangsa Pameran Al-Quran Suci Antarabangsa ke-31 Republik Islam Iran telah menamatkan kerjanya.

Di penghujung bahagian ini, majlis perasmian dua karya Ql-Quran telah diadakan dengan kehadiran Menteri Kebudayaan dan Bimbingan Islam, Muhammad Mahdi Ismaili «محمد مهدی اسماعیلی».

Pada permulaan majlis ini, Hujatul-Islam wal-Muslimin Husaini Naisyaburi «حجة الاسلام و المسلمین حسینی نیشابوری», pengarah bahagian antarabangsa pameran ini, dalam ucapannya melahirkan rasa terima kasih kepada tetamu asing bahagian ini, berkata: "Tahun ini, 28 negara di bidang idea dan seni Al-Quran menyertai pameran Antarabangsa ke-31 Republik Islam Iran.

Tambahnya, malam ini terdapat dua karya Al-Quran, salah satunya terjemahan dan tafsir Al-Quran dengan pendekatan gaya hidup Islam yang diterbitkan oleh pusat penerbitan, dan satu lagi mesej sokongan kepada rakyat yang tertindas dan mujahid Gaza, yang merupakan hasil kerja kolektif artis dari sembilan negara yang hadir dalam pameran itu.

Beliau menambah: Artis-artis ini menulis ayat-ayat pertahanan dan perlawanan dalam Al-Quran dengan tulisan tangan mereka yang indah pada bendera Palestin untuk menyampaikan mesej sokongan terhadap keberanian dan kehebatan penduduk Gaza melalui bahasa seni yang ekspresif.

Menyokong Gaza, mesej penting pameran Al-Quran
Kemudian Muhammad Mahdi Ismaili, Menteri Kebudayaan dan Bimbingan Islam, berkata: Tahun ini, pameran Al-Quran peringkat antarabangsa telah diadakan dengan penuh kemegahan. 

Beliau menambah: Salah satu matlamat penting pameran tahun ini adalah untuk memberi perhatian khusus kepada isu Gaza dan Palestin. Salah satu pencapaian "Badai Al-Aqsa" «طوفان الاقصی», di samping kerja-kerja dan berkat yang dimilikinya, adalah kebangkitan perhatian kepada Al-Quran.

Ismaili menyambung: Semua mereka yang hadir dalam operasi "Badai Al-Aqsa" sama ada menghafal seluruh Al-Quran atau menghafal banyak bahagian daripadanya. Hikayat "Badai Al-Aqsa" mengaibkan dan mempersendakan rejim Zionis dan memecahkan gambaran kuasa palsu rejim ini dan menunjukkan bahawa pagar yang mereka bina di sekeliling wilayah yang diduduki dan menjadikannya kelihatan tidak dapat ditembusi mudah dipecahkan oleh penentangan Palestin yang ramai mereka adalah hafiz Al-Quran.

Beliau menambah: Kami menyaksikan adegan perlawanan penduduk Gaza dan anak-anak ibu yang hilang atau ibu yang berdukacita kepada anak-anak mereka, yang membaca ayat-ayat Al-Quran dengan kuasa dan wibawa, seperti Hasbuna Allah wa Nimal-Wakil atau Innalillah wa inna Ilaihi Rajiun «حسبنا الله و نعم الوکیل یا انا لله و انا الیه راجعون». Kami mencium tangan dan lengan semua pasukan perlawanan di Iraq, Lubnan, Yaman, Syria dan Palestin.

Hari Quds tahun ini, lebih megah dari sebelumnya
Menteri Kebudayaan dan Bimbingan Islam seterusnya berkata: Inisiatif artis 9 negara menulis ayat perlawanan amat menarik dan berkesan. 

Kita berada di ambang Hari al-Quds Antarabangsa dan dengan gerakan yang kita saksikan di seluruh dunia Islam dalam menyokong rakyat Palestin yang tertindas, kita akan menyambut Hari Quds yang sangat megah pada tahun ini. Insya-Allah tidak lama lagi kita akan mengalami kemenangan ilahi yang besar dan kita akan mendirikan solat di Quds.

Di akhir majlis ini, karya al-Quran Yusuf Shunchun, seorang ahli khat Cina, telah disampaikan kepada Menteri Kebudayaan dan Bimbingan Islam Republik Islam Iran.

 

رونمایی از دو اثر قرآنی در اختتامیه بخش بین الملل نمایشگاه قرآن

رونمایی از دو اثر قرآنی در اختتامیه بخش بین الملل نمایشگاه قرآن

رونمایی از دو اثر قرآنی در اختتامیه بخش بین الملل نمایشگاه قرآن

4207401

captcha