IQNA

Apa kata Al-Quran / 50

Solidariti orang beriman

15:00 - May 09, 2023
Berita ID: 3102557
TEHRAN (IQNA) - Perbezaan pandangan dan pandangan yang pelbagai kadangkala mewujudkan perpisahan dan kerenggangan antara orang beriman terhadap agama. Tetapi Al-Quran mengajak semua orang untuk bersatu dengan memperkenalkan penyelesaian yang istimewa.

Allah SWT berfirman:

وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا وَاذْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنْتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُمْ بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنْتُمْ عَلَى شَفَا حُفْرَةٍ مِنَ النَّارِ فَأَنْقَذَكُمْ مِنْهَا كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ

"Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya." (Qs, A-li'Imraan 3:103).

Maksud "Tali Allah" - حَبْلِ اللَّهِ adalah apa-apa cara dan sarana komunikasi dengan zat Tuhan yang murni, sama ada bermaksud Islam, atau Al-Quran, atau baginda Nabi Muhammad dan keluarganya SAW.

Ayat ini menunjukkan keberkatan besar perpaduan dan persaudaraan dan mengajak umat Islam untuk memikirkan tentang keadaan masa lalu yang menyedihkan, dan membandingkan "perpecahan" dengan "perpaduan".

Di sini, Allah SWT menjelaskan penghubung antara hati orang beriman itu telah dinisbahkan kepada Allah SWT sendiri dan berfirman:

فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ
"Tuhan telah menciptakan keharmonian di antara hati kamu."

Dengan tafsiran ini, yang merujuk kepada keajaiban dan hebatan sosial umat Islam, kerana jika kita meneliti sejarah dengan betul kita akan melihat permusuhan dan sengketa Arab jahiliah pada masa lalu.

Beberapa titik penting ayat:
- Penciptaan harmoni kasih-sayang dan kedamaian antara hati manusia hanyalah di tangan Allah. «فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ», Al-Quran berkata kepada Nabi SAW:

«لَوْ أَنْفَقْتَ ما فِي الْأَرْضِ جَمِيعاً ما أَلَّفْتَ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ»

"Sekiranya kamu membelanjakan apa yang ada di bumi semuanya, nescaya kamu tidak akan mampu menjalinkan hubungan pad - mesra antara hati mereka" (Qs, al-Anfaal: 63).

Perpecahan adalah sebagai di antara azab - azab Allah. Oleh itu pentingnya perpaduan dalam Islam, hinggakan berbohong untuk mewujudkan perpaduan adalah dibenarkan, dan mengatakan bahwa berkata benar yang menyebabkan perpecahan adalah dilarang.

Mesej ayat:
1. Perpaduan dan mengelakkan perpecahan adalah kewajipan ilahi - «وَ اعْتَصِمُوا» "Berpegang teguhlah kamu sekalian - bersatu-padulah!"

2. Paksi perpaduan hendaklah agama Tuhan, bukan etnik, bahasa, kebangsaan, dsb. «بِحَبْلِ اللَّهِ» "Dengan agama Allah".

3. Tidak mengabaikan nikmat dan jasa Islam. "Sekiranya kamu bermusuh, maka Allah telah menyatukan hati kamu" «إِذْ كُنْتُمْ أَعْداءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ».

4. Perpaduan adalah faktor persaudaraan. «فَأَصْبَحْتُمْ بِنِعْمَتِهِ إِخْواناً» "maka jadilah kamu dengan berkatNya menjalin persaudaraan".

5. Perpaduan adalah salah satu nikmat Allah yang besar. «فَأَصْبَحْتُمْ بِنِعْمَتِهِ» "Sebab nikmatNya kamu jadi saling bersaudara".

6. Perpecahan dan permusuhan adalah jurang dan lubang api. «شَفا حُفْرَةٍ مِنَ النَّارِ» "di tepi jurang neraka".

7. Nikmat Allah ialah ayat-ayatNya. «وَ اذْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّهِ ... يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آياتِهِ» "Dan ingatlah akan nikmat Allah... Allah menerangkan kepadamu tanda-tanda kekuasaan-Nya".

8. Mengingati nikmat Allah adalah asbab cinta dan asas hidayah. «وَ اذْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّهِ ... لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ» "Dan ingatlah akan nikmat Allah...supaya kamu mendapat petunjuk".

captcha